header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
Bengkel Jutawan Saham
  1. Program  Bengkel Jutawan Saham (BJS) kendalian Team Zamsaham  adalah suatu program pendidikan  keatas pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan  Malaysia.Pelbagai jenis pelaburan dari risiko yang terendah seperti simpanan di bank ,diikuti amanah saham sehingga pelaburan dengan risiko yang tinggi akan diterangkan sepanjang bengkel.Adalah penting pelabur dapat membezakan diantara judi,pelaburan dan spekulasi.Perbezaan antara dividen dan Interest(ribak’) juga akan diajar.

  2. Penetapan matlamat dalam pelaburan juga penting kerana ianya suatu misi yang perlu ada bagi setiap pelabur.Jika misinya adalah untuk menjana keuntungan,pelabur perlu mengetahui strategi yang sesuai semasa membeli dan menjual saham.Jika tiada system dan strategy, pelaburan boleh menjahanamkan emosi dan kehidupan pelabur.Oleh yang demikian pemahaman terknik mengawal emosi haruslah dititik beratkan.

  3. Peserta akan diterangkan proses jual beli saham  dan juga kelebihan melabur di pasaran saham seperti kecairan,keuntungan dari kenaikan harga saham  dan kuasa sebenar pelabur akan diterangkan di dalam pelaburan saham.Disamping itu,pelabur saham semestinya tidak mengulangi kesilapan yang biasanya dilakukan oleh pelabur runcit lain.Ini kerana,orang yang bijak adalah orang yang belajar dari pengalaman orang lain dan tidak mengulangi kesilapan yang sudah dilakukan untuk kali kedua.Adalah baik membuat keputusan berdasarkan pengalaman,kerana pengalaman datang dari keputusan yang tidak baik.

  4. Statistik yang dijalankan walaupun ada pelabur runcit yang menjana keuntungan dalam ‘permainan’ saham,tetapi nisbahnya hanya 10% sahaja.Manakala 90%  lagi  mengalami kegagalan dengan menanggung kerugian dalam pasaran saham.Mereka bukan sahaja rugi dari segi wang ringgit,tetapi yang paling ditakuti adalah kesan  kerugian ke atas emosi seseorang pelabur itu.Statistik  ini pasti  menakutkan /mengejutkan untuk anda!

  5. Ramai pelabur tahu membeli saham,tetapi tidak tahu bila masa sesuai menjualnya.Ada sesetengah pelabur menyimpan  saham yang sudah  bertahun-tahun lamanya  tetapi tidak naik dan bermacam-macam masalah lain.Untuk menyelesaikan masalah ini,strategy 3 serangkai zamsaham akan diterangkan.

  6. Selepas tamat bahagian pelaburan saham,peserta akan didedahkan dengan  teknik membuat duit di pasaran dua hala CPO dan Indeks.Anda mampu menjana RM,tidak kira pasaran sedang naik ataupun turun.Yang paling utama kepakaran  anda dalam menentukan arah trend samaada naik,mendatar,ataupun turun.Jika jangkaan anda tepat,keuntungan lumayan mencecah ratusan ribu ringgit mampu dicapai dalam masa yang singkat.

Sepanjang program berlangsung,komunikasi dan respon berkaitan  perkara yang bentangkan  akan membuat anda lebih faham dalam menyelami selok belok pelaburan saham dan spekulasi pasaran hadapan.

 

 

 
Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.