header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
Pengenalan Bengkel Jutawan Saham & CPO
 
Bengkel Jutawan Saham (BJS) dan Bengkel Jutawan CPO (BJCPO) adalah Program Pendidikan Pelaburan Saham & Pasaran Hadapan di Bursa Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Bursa Malaysia Kuala Lumpur (BSKL). Speaker program ini berpengalaman hampir 10 tahun dalam pelaburan saham Bursa Malaysia dan mempunyai lesen sah Wakil Niaga Saham dan Pasaran hadapan Minyak Sawit/Indeks  dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
 
 
 
Sepanjang program ini anda akan didedahkan tentang pentingnya mengetahui petanda trend pasaran samaada hendak naik ataupun turun. Bagaimana menganalisa setiap maklumat media dengan betul supaya ianya tidak mempengaruhi minda waras anda ketika membuat keputusan pelaburan.
Bagaimana mengaplikasikan teknik “Apabila orang sibuk membeli, pelabur runcit perlu menjual dan apabila ramai pelabur runcit menjual anda perlu membeli". Teknik Dunia Saham di Luar Kebiasaan dengan Teori Zamsaham juga akan didedahkan.
Sebagai seorang pelabur yang baru, anda juga akan didedahkan tentang 15 kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelabur runcit. Dengan mengkaji pengalaman dan tidak mengulangi kesilapan boleh membantu anda ‘short cut’ dalam membuat duit dalam saham. Teknik 3 Serangkai Zamsaham juga akan diajar iaitu suatu teknik olahan Zamsaham yang merangkumi EMOSI,TEKNIKAL DAN FUNDAMENTAL. Pendekatan teknik yang simple dengan strategi yang betul sebelum membeli dan menjual saham akan diajar.
 
Matlamat pelaburan
  • Memahami proses dan jenis pelaburan di Malaysia
  • Bagaimana keuntungan dari kenaikan harga saham dan Dividen
  • Memahami faktor emosi di dalam pergerakkan saham
  • Mempelajari sistem berkesan semasa jual dan beli saham
  • Menjadikan pasaran saham tempat pelaburan yang selamat
 
 
 
BJCPO ini bermatlamat mendedahkan perkara - perkara yang perlu dititik beratkan sepanjang menjadi seorang pelabur atau spekulator. Di dalam dunia Kapitalis sekarang, hanya yang kuat atau mempunyai modal yang besar yang sentiasa untung dalam pasaran. Yang mempunyai modal kecil akan kecundang dalam sekelip mata.
Si pemodal besar sememangnya merancang untuk memastikan mereka untung dengan cara yang begitu mudah. Dengan sentiasa berhati - hati dan berikiran terbuka pastinya anda akan dapat merasai bahawa sebenarnya seperti ada orang yang sedang mengawal turun naik pasaran saham mahupun CPO/Indeks.
Bukanlah mudah untuk menjana keuntungan dalam pasaran. Ini kerana dunia saham ataupun Pasaran Hadapan adalah pasaran yang berkonsep 'Zero Sum Game'. Jika anda rugi, ada orang yang untung. Jika anda untung, ada pihak disebelah yang rugi.
 
Permainan ini bolehlah dikira seperti seseorang yang pergi berjuang di medan perang. Jika ada senjata, anda harus ada peluru yang mencukupi. Sudah ada peluru dan senjata, anda harus pandai menembak. Jika tersilap tembak, banyak peluru yang akan dibazirkan. Untuk memastikan anda menang dalam peperangan, strategi dan perancangan awal haruslah dibuat dengan teliti. Jika tidak, musuh dengan mudah akan menewaskan anda!
Begitulah perumpamaan anda sebagai seorang pelabur. Ilmu dan modal yang ada, perlulah diseimbangkan dengan strategi yang mudah dan berkesan. Disamping itu anda perlu bersabar dan jangan terburu - buru membuat keputusan berdasarkan turun dan naiknya harga FCPO.
Untuk Untung, segala usaha, penat jerih dan komitmen untuk terus belajar adalah rahsia kejayaan sebenar pelabur yang profesional. Tiada orang yang berjaya tanpa adanya usaha. Yakin dan tawakal kepada tuhan yang menjadikan sekalian alam, hasrat untuk meraih kejayaan dalam pasaran saham/Pasaran Hadapan bukanlah impian tetapi kenyataan yang pasti.
 
 
 
 
ke atas
Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.