header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
Proses Pembelian Saham
Cara Membeli saham :
  • Syarat paling utama, pelabur mestilah ada akaun CDS (Central Depository System) yang hanya RM10 sahaja.
  • Sebelum sistem CDS diperkenalkan, sijil saham yang digunakan. Anda akan mendapat sijil saham bagi setiap kaunter yang dibeli. Semasa zaman 'sijil saham' diperkenalkan, banyak masalah yang timbul seperti kes penipuan sijil berlaku. Tetapi, kini, sistem CDS yang selamat amat menyakinkan pelabur. Pendek kata, CDS adalah bank data saham yang disimpan di syarikat broker saham dengan kawalan selia oleh Bursa Malaysia.
  • Selepas adanya akaun CDS, anda boleh membuat pilihan samaada untuk membeli saham terbitan baru (IPO) atau saham 'Terapung' iaitu yang sudah tersenarai di papan bursa Malaysia.
  • Jika anda ingin membeli saham terbitan baru, anda perlulah mendapatkan maklumat syarikat melalui prospektus syarikat yang biasanya boleh diperolehi di syarikat broker saham. Permohonan saham terbitan baru akan diundi. Jika undi anda diterima dan saham diapungkan pada hari pertama, kenaikan maksima boleh mencecah 400% dari harga tawaran
  • Modal untuk membeli saham bergantung kepada jumlah unit didarabkan dengan harga pasaran sesuatu saham.

contoh : Kaunter Airasia = RM1.30 seunit

anda ingin membeli 10,000 unit. Maka, wang permulaan pelaburan anda adalah RM13,000.

  • Keuntungan akan diraih apabila harga menaik. Formula untuk mengira keuntungan dalam peratus :

Proses Urusniaga Saham
Waktu Urusniaga Saham Bursa Malaysia
FASA URUSNIAGA MASA
Pre Opening 8.30 pagi
Waktu Mula 9.00 pagi
Pre Closing 12.15 tengahari
Trading at last 12.20 tengahari
Tutup Sesi Pagi 12.30 tengahari
REHAT 12.30 tengahari - 2.00 petang
Sesi Petang Pre Opening 2.00 petang
Waktu Mula 2.30 petang
Pre Closing 4.45 petang
Trading at last 4.50 petang
Waktu Penutup 5.00 petang
* Urusniaga adalah dari hari Isnin hingga Jumaat
Pembayaran Saham
Berikut adalah proses pembayaran dari mula - mula anda beli dan masa pembayaran penuh. Jika anda tidak bayar pada hari ketiga, saham anda akan dijual secara 'paksa' pada hari keempat.
Hari Pembelian : ISNIN

Pelabur boleh membeli saham tanpa membayar pada hari pembelian. Ini kerana anda sudah mempunyai saham yang dijadikan cagaran.

Contoh Saham GPacket pada harga:RM0.50
SELASA                      +5sen

Harga GPacket naik ke RM0.55.

Pelabur menjangkakan harga saham akan naik lagi.
RABU                          +3sen

Harga GPacket naik 3sen kepada harga RM0.58.

Pelabur menjangkakan harga masih ada potensi naik.
Hari Bayaran:KHAMIS +2sen

Harga GPacket naik ke RM0.60.

PICK-UP DAY-anda perlu bayar semua harga saham
JUMAAT                       -5sen

Harga GPacket turun ke RM0.55.

'FORCE SELLING DAY'
Carta di atas adalah proses T+3 berlaku. Setiap pelabur mesti membuat bayaran penuh pada hari ketiga(T+3).Jika tiada pembayaran,saham anda akan dijual secara paksa pada hari keempat. Keuntungan anda ambil atau bayar kerugian dari setiap perbezaan haraga beli dan jual saham. Inilah yang dinamakan 'main kontra'



.

.

 
Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.