header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
Mengenalpasti saham - saham Spekulasi
 

Saham yang mempunyai unsur - unsur spekulasi oleh tangan - tangan ajaib. Anda perlu tahu bila mereka keluar dari pasaran. Jika anda tidak keluar bersama mereka, ditakuti anda akan memegang saham yang tidak berkualiti.

Banyak contoh saham yang sudah naik beratus - ratus peratus, akhirnya turun mendadak dan lebih malang lagi ada saham yang 'delisted' dari Bursa Malaysia.

 
 
BIL
TEKNIK MEMILIH
KETERANGAN
1 MENGENALPASTI SAHAM - SAHAM 'OFF MARKET DEAL'
Saham-saham yang mempunyai off market deal adalah saham yang dijual beli atau berpindah tangan di luar dari ‘papan’ Bursa Malaysia. Kebiasaannya, harga saham dibuat atas perbincangan dan persetujuan kedua - dua pihak yang biasanya melibatkan pemegang saham terbesar syarikat. ’Sindiket’ juga biasanya akan memindahkan saham - saham kepada ‘team’ mereka di luar papan Bursa Malaysia. Sila rekod dan pilih saham-saham yang bakal digoreng dengan melihat kepada teknik teknikal analysis ZC+MO+RSI.
Anda boleh dapatkan maklumat OFF Market deal di Platform OSK 188
2 SAHAM DENGAN 'BALANCE FLOAT' YANG SEDIKIT
Saham dengan 'Balance float' yang sedikit bermaksud, saham ditangan orang awam adalah kurang. Apabila kurang, mudahlah pemegang saham utama ‘mengoreng' saham mereka. Ini juga menunjukkan pemegang saham utama ‘sayang’ akan syarikat mereka yang akan memastikan harga saham berada pada paras yang berpatutan.
3 BERITA TENTANG PROJEK TERKINI SYARIKAT

Berita yang keluar di media utama akan memberikan 2 kesan kepada harga saham :

  1. Harga naik sebelum berita keluar. Apabila berita keluar di media, harganya turun. Bermaksud ‘tangan ajaib’ akan melepaskan pegangan saham kepada orang ramai pada harga yang mahal.
  2. Harga tidak naik sebelum berita keluar, dan akan naik mendadak apabila berita keluar dan terus naik dari hari ke sehari (walaupun begitu, harga tetap ada kenaikan sedikit).
4 SAHAM KATEGORI YANG DI DALAM MEMPUNYAI 'TREND'
Seringkali apabila sesebuah saham, harganya melambung tinggi akan diikuti oleh saham yang berada dalam kategori yang sama. Contohnya : saham getah, apabila TOPGLOVE naik, saham supermax juga akan naik.
5 'DIVIDEN' ATAU 'BONUS ISSUE' YANG LUAR BIASA
Saham akan naik apabila pembahagian dividen yang tinggi oleh syarikat. Harganya naik bukan sahaja dibeli oleh pelabur runcit malah dibeli juga oleh pelabur institusi.
6 PENGAMBILALIHAN SYARIKAT OLEH PEMEGANG SAHAM UTAMA
Terdapat beberapa kes saham yang naik mendadak sehingga 50% tidak sampai sebulan. Antara saham tersebut adalah pengambilalihan oleh Tan Sri Ananda Krishan saham MEASAT dan juga ASTRO.
 
 
 



.

.

 
Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.