header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
  1. Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1993 adalah satu kenangan manis bagi semua pelabur saham. Pasaran Saham kita adalah yang terbesar di rantau ini dan menjadi 'darling' oleh banyak pelabur tempatan mahupun pelabur asing.

  2. Pasaran yang bergerak pantas dengan jumlah dagangan yang begitu hebat menjadikan modal pasaran BSKL ketika itu adalah yang kedua terbesar selepas Hongkong (ex- Japan). Bayangkan, pasaran saham yang canggih seperti Taiwan dan Korea pun duduk dibelakang BSKL.

  3. Pada kemuncak 1993 nilai BSKL adalah 3.5 kali lebih tinggi dari saiz ekonomi sebenar Malaysia. Orang ramai, tidak kira yang berjawatan besar seperti menteri - menteri, bos - bos, pemandu teksi sehinggakan perkerja parking kereta membicarakan tentang saham apa yang akan naik. Tiada istilah saham hendak turun. Keuntungan dalam beberapa hari sahaja mampu menjadikan nilai duit anda sehingga 100%. Suatu yang diluar jangkaan kita pada masa ini.

  4. Melalui laporan, antara punca kenaikan mendadak ini disebabkan oleh banyaknya syarikat yang menjana keuntungan. Pelabur asing yang masuk secara beramai - ramai. Antara sebab kedatangan mereka adalah kita mempunyai tenaga buruh yang murah tetapi bijak dan terpelajar. Insfrakstruktur jalanraya, pengangkutan juga baik. Ditambahkan lagi dengan keadaan politik yang stabil dan dasar terbuka kerajaan kepada pelaburan asing. Perkara - perkara ini membuatkan pasaran meluap - luap naik.

  5. Bank - bank menerima saham untuk dijadikan cagaran dalam pinjaman.

  6. Semua orang bercerita akan kerjaya broker saham. Komisyen sesetengah remisier ketika zaman puncak mencecah RM250 ribu sebulan dan ini tidak termasuk keuntungan dari permainan kontra. Ramai juga yang menjadi jutawan saham. Ada segelintir yang bijak membeli asset seperti tanah ladang sawit, pembelian rumah kedai dan membuka perniagaan.Tetapi, ada juga keuntungan bertukar menjadi kerugian selang beberapa tahun kemudian.

  7. Itulah sebahagian senario pemain saham pada zaman kegemilangan pasca Bursa Malaysia.

    Adakah pasaran malaysia setelah hampir 15 tahun akan mengecapai zaman kegemilangan tahun 1993? Adakah akan ada jutawan saham dalam sekelip mata? Adakah akan ada pelabur yang berterusan mengaut keuntungan dalam pelaburan? Adakah kegawatan/kerugian dalam pelaburan saham berulang?....semuanya akan terjawab dalam masa beberapa tahun yang akan mendatang.
 

 
 
Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.