header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
  1. Hari ini ISNIN (29 Mac 2010) adalah hari yang paling mengembirakan untuk anda, jika anda... ada membuat pembelian saham - saham perkayuan. Saham perkayuan atau 'saham balak' seperti LINGUI yang telah mengalami 'kejutan' kenaikan hampir 26% atau RM0.31 sen dalam satu hari dagangan sahaja. Dengan hasil jualan perniagaan mencecah RM1 Billion setahun dan keuntungan yang semakin meningkat bukanlah satu keajaiban untuk melihat saham ini mengalami sedikit lagi kenaikan.

  2. Saham - saham balak lain adalah seperti EKSONS RM0.925+ RM0.155 tutup RM1.08 JAVA RM0.67+ RM0.16 tutup RM0.83, SUBUR RM2.28+ RM0.22 tutup RM2.50, TEKALA RM0.70 + RM0.06sen tutup RM0.76sen, JTIASA RM3.75 + RM0.19sen tutup RM3.94.

  3. Yang menariknya harga tertinggi TAAN pada hari ini sudah berjaya melepasi harga RM6.00. Sektor pembalakkan perlukan 'ketua' untuk mengetuai kenaikan trend ini. Kemungkinan besar ketuanya adalah TAAN. Sebagai perbandingan, saham getah atau saham 'Rubber Gloves' Ketuanya adalah TOPGLOVES. Jikalau harga saham Topgloves turun, kemungkinan besar saham - saham rubber gloves yang lain akan turun.

  4. Ada beberapa syarikat pembalakkan lain Pworth, Maxtral, PWE, PERMAJU, BTM yang akan turut serta naik jika trend saham - saham perkayuan betul - betul mempunyai momentum berterusan.

  5. Selain dari saham pembalakkan, pelabur juga boleh memilih untuk menilai saham - saham yang ada kena - mengena dengan kayu seperti saham perabot. Contoh - contoh saham perabot adalah LIIHEN RM1.20, LATITUD RM2.40, SERNKOU RM0.31, POHUAT RM0.50, LCHEONG RM0.18sen dan bermacam - macam lagi. Apapun, jika anda memgikuti TIPS ini, ada perlulah membuat kajian terlebih dahulu. Jangan buat pembelian terburu - buru. Gabungkan teknik 3 serangkai zamsaham dan fahamkan teknik ZC dan TZC yang diajar semasa bengkel. Ada signal Golden ZC, beli...Ada signal Dead ZC, jual.

  6. Catitkan setiap maklumat, sebab dan keputusan pelaburan dalam diari khas pelaburan. Barulah, main saham dengan emosi yang paling stabil. Bila emosi stabil, untuk untung dalam saham akan menjadi lebih mudah. Jika sudah untung, anda digalakkan menyedekahkan hasil keuntungan(walaupun banyak rugi sebelum ini) kepada orang yang memerlukan.

Saham - saham dari sektor teknologi dan juga construction juga boleh dipertimbangkan. Ini kerana kali ini kenaikan pasaran hanya akan DIBANTUTKAN oleh peperangan, letupan seperti US twin tower, skandal yang amat luarbiasa dan pastinya bukan dari masalah kewangan dunia.

 
 
 

 

Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.