header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
Khabar angin yang mengatakan Felda (Federal Land Development Authority) akan meneruskan niat menyenaraikan cabang teras perniagaanya pada pertengahan tahun lepas 2010 rupa - rupanya bakal menjadi kenyataan. Untuk rekod, penyenaraian FELDA pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia - Tun Dr Mahathir pada tahun 2003. Tetapi 'tersangkut' di tengah jalan kerana peralihan Kuasa No 1 dan juga susunan struktur Felda yang berbelit - belit. Kini, pada era zaman dato Seri Najib, Felda - Malaysian Sugar Manufacturing Bhd bakal disenaraikan selewatnya pada bulan Julai ini. Berikut latar belakang dan cerita berkenaan Felda dan MSM.
 
  1. Ditubuhkan pada tahun 1956 dengan pembukaan kawasan pertama di Ladang Getah Ayer Lanas, Kelantan. Felda sekarang menguasai 800,000 hektar ladang kelapa sawit.

  2. Kini pengerusi Felda yang baru adalah Tan Sri Isa Abdul Samad. Seorang pemimpin yang mempunyai pengaruh dalam UMNO dan merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

  3. Hasil pendapatan Felda Holding Berhad pada kewangan akhir tahun 2009 adalah sebanyak RM12 billion dengan Keuntungan bersih sebanyak RM800juta!

  4. Syarikat yang bakal senarai tak lama lagi ini, MSM - merupakan syarikat yang menguasai hampir 70% pasaran gula Malaysia!

  5. 'Market Capitalization' MSM dijangka RM4-5 Billion. Ditambahkan lagi dengan 'injection' 2 asset Felda iaitu Kilang Gula Perlis dan 5797 hektar tanah di Perlis. Kedua asset ini dibeli pada harga RM1.25Billion dari orang kaya Malaysia - Mr Robert Buok melalui syarikat miliknya iaitu PPB Group Bhd. Untuk pengetahuan semua 'Market Capitalization' untuk PBB Group sekarang melebihi RM15 billion!

  6. IPO MSM ini kalau diikutkan dengan keadaan pasaran dan politik, mungkin untuk naik pada hari pertama penyenaraiannya cerah! Almaklumlah, MSM ini merupakan syarikat pertama Felda yang akan menjadi penanda aras kepada Era pimpinan Dato Seri Najib. Lebih - lebih lagi, ada suara - suara yang mengatakan Felda 'Bankrupt!'. Kalau sahamnya turun, sudah tentu pembangkang akan mempunyai modal besar untuk bercerita dengan mengatakan Saham Kumpulan Felda tidak diminati oleh pemain pasaran saham.

  7. Pendekkan cerita, dengan kombinasi politik dan 'fundamental' syarikat yang kukuh saya percaya saham Felda - MSM yang bakal disenaraikan ini pastinya menjadi pilihan ramai pelabur!...terutama pelabur Cina!
Berita Baik
  1. Ditubuhkan pada tahun 1956 dengan pembukaan kawasan pertama di Ladang Getah Ayer Lanas, Kelantan. Felda sekarang menguasai 800,000 hektar ladang kelapa sawit.

  2. Kini pengerusi Felda yang baru adalah Tan Sri Isa Abdul Samad. Seorang pemimpin yang mempunyai pengaruh dalam UMNO dan merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.