header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
 
Kali ini saya hendak berkongsi 2 syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa terdekat(kurang 3 bulan dari sekarang). Syarikat yang dimaksudkan adalah BUMI ARMADA BHD dan juga OLD TOWN BHD. Berikut coretannya :-
  1. BUMI ARMADA BERHAD merupakan syarikat perkapalan yang menjalankan perniagaan berkaitan minyak dan gas. Memiliki beberapa kapal yang dilengkapi dengan teknologi canggih untuk kerja - kerja seperti penyimpanan bekalan, penghantaran dan pemasangan. Memiliki kepakaran tinggi dalam teknologi kejuruteraan dan pemprosesan minyak dan gas melalui Bumi Armada Engineering (BAE).

  2. Walaupun beribu pejabat di Kuala Lumpur, syarikat ini juga menjalankan operasi di Afrika (@ pengkalan di Nigeria), Turkmenistan (pangkalan di Laut Caspian) dan Mexico (1 pangkalan). Juga beroperasi melangkaui 11 buah negara.

  3. Pemiliknya merupakan ‘Tycoon’ dan juga di kedudukan No. 2 orang paling kaya Malaysia. Seorang yang 'low profile' dan memiliki MAXIS, Astro All Asia Network, Tanjong dan Measat Global. Memiliki syarikat telekomunikasi dan media di India dan Indonesia. Billionair India, Kalanithi Maran merupakan rakan kongsinya dalam industri radio dan televisyen.

  4. Dahulu Bumi Armada sudah disenaraikan dan di 'private' kan semula pada tahun 2003. Selepas itu, beliau rancang hendak senaraikan semula pada tahun 2008. Tetapi terpaksa ditunda kerana 'stock market crash'!..ini yang kita dok kena kaji apa rationalnya senarai, pastu take private...then senaraikan semula.

  5. Saya 'berprasangka' orang yang 'low profile' ini biasanya merupakan orang yang memegang 'kunci' untuk seseorang. Bahasa lainnya adalah menjadi 'proxy' kepada orang lain yang tidak mahu identiti pemilik sebenar dalam sebuah entiti perniagaan. Yelah, kalau terlalu menonjol, tersalah cakap nanti boleh 'kantul'..Wallhualam!

  6. Berbalik cerita saham Bumi Armada, menurut sumber yang boleh dipercayai, Jumlah saham yang ada termasuk Saham Terbitan Baru (IPO) ialah sebanyak 644.3 juta dan untuk tawaran kepada umum sebanyak 234.3 juta unit saham dengan nilai par 20sen. Harga indikatif untuk pelabur institusi dan runcit bakal diketahui dalam bulan 5 ini.

  7. Saham Bumi Armada bakal disenaraikan dipapan pertama Bursa Malaysia. Bila sebut papan pertama, syarikat ini mesti untung juta - juta dan mempunyai 'track' rekod perniagaan yang panjang.

 
Okey, kita semak pula apa cerita saham OLD TOWN BHD
 
 
  1. OLD TOWN BERHAD merupakan pengendali rangkaian Kafe Old Town White Coffee dan pengeluar produk minuman segera. Secara keseluruhannya, syarikat ini memiliki 1,348 outlet runcit seluruh Malaysia, 550 outlet runcit di Singapura dan 2,100 outlet runcit di Hong Kong. Melebarkan sayap ke negara - negara Barat sepeti United States, United Kingdom dan juga ke Taiwan dan Indonesia dengan mengeksport serbuk kopi di bawah jenama ‘Nanyang’.

  2. Goh Ching Mun dan Tan Say Yap merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan jenama ini. Dilaporkan bahawa pemilik Old Town Berhad bercadang untuk menawarkan 59.5 juta unit saham baru dengan harga RM1 seunit dan untuk tawaran jualan sebanyak 30 juta unit. Untuk itu, syarikat ini akan menawarkan tambahan 10 juta saham baru untuk milikan awam, 12 juta unit untuk para pelabur dan 32.5 juta unit khas untuk pelabur Bumiputera.

  3. Saya tengok, syarikat milik bangsa lain boleh disenaraikan walaupun meniaga 'kedai kopi'. Bila lagi kedai kopi atau yang setaraf dengannya hendak senarai di Bursa Malaysia. Harapan hendak juga lihat syarikat yang kecil - kecil tetapi berpotensi besar seperti PAKCU JAMBU 916, OTAK-OTAK JB, NORAINI's COOKIES, KICAP KIPAS UDANG, Perniagaan DODOL, CENDOL, KETUPAT, NASI LEMAK even termasuklah karipap dan sebagainya supaya ada tersenarai di Bursa Malaysia.

  4. Kita sebenarnya sudah mampu, cuma mungkin perlu ditambahkan sedikit keberanian. Ini mengambil contoh, pada bulan lepas semasa saya berceramah di PWTC, kebetulan masa itu di atas meja ada disediakan gula - gula. Saya menyuruh semua peserta untuk membuka sampul gula - gula tersebut...dan, didapati syarikat yang mengeluarkan gula - gula tersebut tersenarai di papan pertama BURSA MALAYSIA dengan modal pasaran sebanyak RM30 juta! Syarikat gula - gula tersebut adalah KHEESAN BHD.

  5. Bukan berniaga gula - gula sahaja tersenarai, banyak lagi yang mungkin kita sangka remeh tetapi mempunyai modal pasaran yang berjuta - juta. Ini termasuklah berniaga screw dan bolt nut - CHINWELL bhd!

  6. Apapun berbalik kepada saham terbitan awalan 'KOPI PUTIH BANDAR LAMA-OLD TOWN WHITE COFFEE BHD. Saya nampak ianya berpotensi jauh seperti rakannya POWER ROOT Tongkat Ali.

 
 
Bumi Armada dan OLD TOWN 2 segmen perniagaan yang berbeza. Satu dibidang perkapalan dan satu lagi dibidang 'consumer product'..Jadi, 'bottom line' kita lihat kepada keuntungan bersih sesaham dan prospek perniagaan. Dengan trend pasaran yang sedang menaik, mungkin ramai pelabur yang melihat beberapa IPO sebelum ini naik meningkat mendadak seawal hari pertama penyenaraian. Contohnya BOILERMECH BHD anak syarikat QL Bhd yang naik 150% dalam masa masa sehari. Harga tawaran 33sen naik sehingga 99sen!... Walaupun begitu, kita jangan mudah terpengaruh dengan sentimen dan berita pasaran serta janji manis syarikat yang bakal disenaraikan. Kajilah dengan teliti...
 
 
Akhir sekali, semoga anda dapat memilih 'Saham Terbitan Awalan (IPO)' yang terbaik dengan TIMING yang terbaik!
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.