header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
 
Keratan di sebelah menceritakan hal berkaitan IPO terbaru yang bakal diapungkan di Bursa Malaysia pada akhir bulan ini. MSM berhad, sebuah anak syarikat Felda yang terlibat dalam perniagaan memproses dan mengedar Gula Pasir dengan menguasai hampir 70% pasaran gula Malaysia.


  1. Sebelum ini, saya ada berkongsi cerita berkenaan saham Felda. Tamat sudah permohonan khas bumiputera MITI. Ramai pemohon individu yang berjaya dapat 17300 unit dengan harga tawaran RM3.50.

  2. Sekarang sudah ada beberapa pakar analisis yang keluarkan 'Fair Value' atau 'Nilai Tara' MSM bhd Purata harga 'Fair Value' yang dikeluarkan oleh beberapa Investment bank adalah diantara RM3.80-RM4.50.

  3. Bagaimana pula dengan 'Sentimen value'? Rata - rata pelabur institusi nampaknya bid pada harga RM3.50, dan ini menunjukkan pelabur institusi mempunyai pandangan yang positif akan MSM Bhd. Mereka - 'Fund Manager' takut tidak dapat saham jika 'Queue' rendah, yang seterusnya melambangkan keyakinan akan potensi kenaikan saham MSM.
  • Sentimen penyenaraian yang sudah tertunda dari zaman Tun Dr Mahathir juga akan memberikan impak positif kepada saham ini.

  • Sentimen kurangnya saham yang diperuntukkan untuk NON Bumi - iaitu tidak sampai 15 juta unit pasti akan memberikan potensi kenaikan MSM pada hari pertama penyenaraiannya pada 28 JUN 2011 ini. Almaklumlah, mereka - pelabur cina mempunyai banyak duit, tetapi permohanan untuk dapatkan saham melalui 'balloting' tidak dapat banyak, jadi mereka dijangka akan membuat pembelian pada hari pertama 'listing' MSM.
Kesimpulannya : 'Based on face value', saham MSM adalah dalam jajaran atas RM4.00 dan jika ditambahkan dengan 'Sentimen value', saya secara peribadi percaya harganya mampu melepasi RM5.00. (InsyaAllah..Amin!) lagipun, saya mempunyai 'sejumlah' saham MSM ini. So, memang harap harganya naiklah.

  1. Berita baik kepada Fan zamsaham : saya akan buat "KUIZ TEKA HARGA BUKA MSM" dalam masa terdekat.Jika hadiah pada "teka harga Petronas Chemical Bhd" ialah Handphone Samsung,kali ini kita lihat apa pula hadiahnya...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.