header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
 
Dari awal tahun 2010 saya sering menonjolkan kategori saham pengguna adalah antara kaunter saham yang boleh dibeli untuk pelaburan yang menguntungkan. Kenapa saya berminat dengan sektor saham - saham pengguna?
  1. Saham barangan pengguna adalah stabil dari segi harga dan perniagaannya kerana orang tetap makan walaupun ekonomi gawat. Kalau syarikat rokok seperti BAT (British American Tobacco) harga sahamnya antara pemberi dividen yang terbaik di Bursa Malaysia. Manakan tidak setiap tahun untung. Ini kerana penghisap rokok akan tetap hisap rokok tidak kira ekonomi naik ataupun turun.

  2. Pemegang saham adalah dari pembuat perniagaan sebenar (founder). Mereka adalah orang yang sayang akan syarikat yang sudah disenaraikan ini dan akan meletakkan 'value' dalam saham yang sudah diapungkan.

  3. Jumlah saham yang diapungkan kecil dan tidak ramai orang yang ada saham ini (balance float tidak sampai 35%-40%). Saham yang kurang float agak mudah untuk naik kerana tiada penjualan. Lebih - lebih lagi jika ada news yang baik tentang syarikat.

  4. Saya kagum dengan syarikat yang menjual roti gulung atau kek lapis seperti London Biscuit boleh disenaraikan di Bursa Malaysia. Sekarang sewaktu saya menulis blog ini, harga London Biscuit berada pada paras RM1.25 - RM1.30. Syarikat ini pada awal tahun 2010 ada membuat tawaran pembelian saham TPC plus berhad pada harga RM0.30sen. Tetapi pemegang saham asal TPC tidak bersetuju dengan harga tersebut. Untuk makluman semua, London Biscuit ada 32% saham TPC.

  5. Kheesan Bhd (RM0.70sen) antara saham barangan pengguna yang membuat gula - gula sahaja juga tersenarai di Bursa.

  6. Cocoaland Berhad - saya pernah membeli biskut coklat buatan company ini. Rasanya boleh tahan.

  7. Apollo - Siapa yang tidak kenal Apollo? Dari dahulu sampai sekarang company ini masih lagi berdiri kukuh di Larkin Johor. Makanan ringan adalah sumber utama pendapatan syarikat ini. Sering juga Apollo menaja cerita kartun di TV1 dan TV3. APOLLOO...
Ini adalah sebahagian saham 'consumer' produk yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pilihlah saham yang berkualiti dan berpotensi.
Rata-rata saham ini dimiliki oleh orang bukan melayu. Bila lagi orang melayu hendak menyenaraikan 'company'nya di Bursa Malaysia? Banyak kelebihan dari keburukan bila tersenarai. Kepada sesiapa yang ada berniaga produk makanan dan ingin menyenaraikan di Bursa Malaysia, bolehlah menghubungi saya.
 
 
 
 
 

 

Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.