Dermalah, sedekahlah sebanyak yang mungkin ketika masih sihat dan kuat bukan ketika sedang sakit.
Itulah sebaik-baiknya.
Nilai derma itu besar bila kita amat berat untuk menderma.
Dermalah sebanyak yang mungkin masa sihat, bukan ketika sedang sakit.
1. Banyak orang menganggap derma ikhlas itu adalah wang yang paling kecil ada dikocek untuk didermakan di tabung masjid…maka dikeluarkannya seposen, atau baki-baki syiling yang ada di kocek untuk didermakan…paling tak pun wang kertas seringgit dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam tabung masjid.
2. Nampaknya nilai ikhlas adalah pada nilai yang kecil sahaja dan dipraktikkan dari kecil sehingga tua…kita hanya ikhlas menderma bila wang itu ‘kurang nilai’ pada kita.
3. Biasanya hendak derma jumlah besar sikit seperti RM100 mulalah hati kecik berbisik..”eh duit ini nak pakailah”..eh nanti habis pulak duit aku ni…baik simpan.
4. Tetapi wang RM100 tadi bila pergi beli rokok, beli sport rim baru atau makan di pizza boleh pulak dikeluarkan tanpa terdetik apa-apa pun.
5. Kita sepatutnya keluarkan nilaian sebesar mungkin kerana di sinilah kita akan belajar ikhlaskan menderma apa yang kita sayangi.
6. Sudah tentulah derma paling baik adalah yang disembunyikan jika derma individu kerana hendak menjaga maruah si penerima, tetapi boleh juga dihebahkan untuk menimbulkan keghairahan orang lain untuk menderma jika derma buat jalan atau yang bersifat umum.
7. Lagi satu.
Banyak orang menderma dikatakan ikhlas dengan baju-baju buruk atau rendah kualiti diberikan pada orang…walhal sepatutnya dermakan baju yang paling baik dan termampu pada yang memerlukan.
8. Lagi satu..
Masa sihat susah nak derma sebab kita masih hidup sihat dan kita berasa amat sayang dengan harta yang ada seperti rumah banglow, kereta berjenama, kerusi cantik, baju mahal-mahal, pinggan mangkuk mahal-mahal..duit tiap-tiap bulan lebih banyak disimpan kerana untuk hari tua katanya…kita tak sanggup derma ‘nilai’nya besar sebab masih sihat…sebab kita memerlukanya.
9. Walhal, derma itu terbaik dan punya ‘NILAI’ tinggi bila yang paling kita sayang kita dermakan.
10. Bila kita sayang harta kita tentulah masa sedang sihat…dah sakit mana dah nak ingat semua tu.
11. Maka, kalau hendak mati atau ketika kita terlantar sakit…harta atau barangan yang kita sayang sudah tiada nilai. Kereta takda nilai, rumah takda nilai, hatta jam mahal ditangan sendiri pun takda nilai ..maka inilah yang dimaksudkan (ikhlas menderma sebanyak mungkin ketika sihat nilai lebih besar berbanding ketika kita dah terlantar sakit).
12. Kedua, masa menderma sama ada derma masa sihat atau sakit adalah OK…tetapi paling OK kalau masa sihat.
“Dermalah sebanyak yang mungkin masa sihat,bukan ketika sedang sakit”
Zamsaham
18 March 2015
Jom derma tanpa harap balasan dari orang yang diderma