Assalamualaikum semua pembaca setia blog Zamsaham,
Hari ini kita berada pada awal bulan November 2014, lebih kurang 3 minggu lepas, pasaran saham MERAH dan menakutkan ramai pelabur, baik pelabur lama mahupun pelabur baru. Yang lama mungkin tidaklah sepanik yang baru kerana pengalamannya…Yang bijak pula mengambil peluang masuk ketika ramainya yang menjual dengan emosi kepanikkan melebihi pemikiran waras dalam pelaburan saham.
Okey, ringkaskan cerita…
Gambar: Carta diatas adalah pergerakkan terkini saham Efficen dari sudut Weekly Chart. Penggunaan carta sederhana panjang penting untuk meilhat Trend Utama yang lebih jelas. Orang yang menggunakan carta yang sederhana panjang biasanya emosi pelaburannya lebih stabil.
Dari carta di atas, Harga tertinggi 38sen pada September 2014 telah turun ke paras sokongan kritikal 25sen pada 16 Oct 2014. Ramai pelabur bijak mengambil kesempatan mengaut dan menambahkan pegangan saham pada harga super diskaun pada jajaran 26-29sen (updated di ZPC). Minggu lepas ‘Emosi terlampau panik ‘ sudah diperbetulkan dan nampaknya sedang bersiap sedia untuk meneruskan kenaikkan dalam beberapa minggu mendatang. Untuk itu perhatikan BETUL-BETUL 38sen!…Jika pecah bersiap sedia untuk Relakss & Smile!
Sedikit pandangan akan strategi terutama pada yang sudah menyimpan…
Strateginya:
Potensi:
Kesimpulannya: Saham Efficen pada saya memang Efficen dan Okey kepada semua penggemar ‘growth stocks’ kerana potensinya bukan main-main.
Selain saham Efficen, saya ada kongsikan 5 saham IT, Teknologi Ecommerce yang berkaitan. Mohon anda kaji kerana kajian anda mungkin lebih baik.
Kepada yang bertanya berapa jauh target saya akan saham Efficen ini bolehlah dapatkan maklumatnya di ZPC(facebook tertutup). Apapun, serius saya tak pasti berapa jauh hendak naik…yang saya pasti…iaitu saya yakin harga sekarang berpotensi tinggi untuk terus naik kerana banyak faktor dari sudut Teknikal, Fundamental mahupun analisa dari sudut potensinya.
InshaAllah saya akan kongsikan kajian saham dan idea-idea terkini saham di KELAS MEGA KES90an di PWTC, KL pada bulan Disember nanti. Pastikan anda jangan ‘miss’ lagi kali ini.
Wallahualam, Sekadar perkongsian dari Hamba yang hina…Sesungguhnya Allah Swt lebih mengetahui kebenarannya..
Sekian sahaja untuk anda yang dihormati.
Zamsaham
2 November 2014
# Siang tadi dapat info ada bekas peserta beli saham IFCAMSC pada harga 0.135sen dan jual pada 70sen! Rekod ZPC 280% sudah dipecahkan.