1.Ekonomi naik dan ekonomi turun adalah perkara lumrah dan bukan benda baru…data yang masuk dan yang keluar adalah sememangnya ciptaan manusia. Betul atau tidak itu hanyalah tanggapan atau kiraan sahaja.
2.Ekonomi itu adalah persepsi.
3.Pada saya, kita ambil jalan tengah. Ekonomi naik ada juga orang yang susah. Ketika ekonomi turun ada juga orang yang senang.
4.Ekonomi naik bagaimana pun tetap ada orang yang duduk mengeluh dan ada juga yang simpati melihat orang yang tiada rumah hinggakan tinggal di bawah jambatan.
5.Persekitaran ekonomi yang anda rasa buruk bukanlah buruk. Jika buruk, mana mungkin orang Bangla, Rohingya bersusah payah bertarung nyawa nak masuk Malaysia!’
6.Jika ekonomi Malaysia buruk, semua expatriat menjauhi negara kita ini…tetapi semakin ramai orang luar datang dan cari makan di sini.
7.Ringgit jatuh, benar ada buruknya…tetapi ringgit kuat pun ada buruknya…(bergantung kepada business apa yang anda miliki).
8.Jadi lagi sekali kita tak boleh salahkan Cikgu yang mengajar di hadapan bila kita gagal. Cikgu mengajar perkara yang sama untuk semua anak muridnya di dalam satu kelas yang sama. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal.
Takkanlah impian hendak jadi doktor tapi tak jadi doktor, cikgu sekolah yang hendak dipersalahkan sedangkan ada rakan sekelas yang
berjaya jadi doktor.
9.Jadi benarlah Firman Allah Swt yang kita ini hendak maju kena betulkan diri dahulu dan jangan ‘terlalu’ berprangsangka negatif kerana itu takkan menambahkan kebaikan. Malah semakin parah kalau diteruskan juga.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka
-Ar-Ra’d:11
10.InshaAllah orang lain tengok Malaysia hebat. Kita yang kat dalam ini perlu rasa hebat dengan terus bekerja kuat.
11.Jangan kita yang sekolah tinggi ini akhirnya termakan hasutan si pendurjana kafir laknatullah dan si munafik yang memang suka melaga-lagakan kita sesama sendiri. Suka melihat kita membuka pekung sesama kita sendiri.
12.Jadikan Melaka sebagai contoh…Melaka jatuh bukan sebab kuatnya Portugis. Tetapi sebab lemahnya kerajaan Melaka yang bertelagah sesama sendiri.
13.Lihat sahaja Rejim Saddam digulingkan bukan sebab kuatnya Amerika, tetapi dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri yang kononnya berpaksikan kepada perjuangan demokrasi. Dikatakan duduk bawah rejim Saddam buruk..Ini hari, SELURUH RAKYAT IRAQ dipandang hina di seluruh dunia…habis sejarah hebat Iraq dirompak!..dihilangkan,
14.Ubahlah…ubahlah…
15.Kita orang business..jangan salahkan Tun, Jangan Salahkan Najib atau salahkan sesiapa, kita REBUT PELUANG SEKARANG.
Kitakan orang business…
Kita pejuang sebagaimana businessman yang kekal positif dengan Jihad businessnya.
Kita, Malaysia buruk tetapi ada lagi buruk..
Kita, Malaysia Hebat sebab memang kita dipandang hebat.
Jangan buang masa berleter, memperlekeh,
Usaha lebih..Hasilnya lebih.
Usaha kita takat mana..itulah yang ada pada kita.
Doa pula jangan lupa.
Sekian,
Salam Saham Perniagaan sebenar.
Zamsaham
Remisier King